I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, October 23, 2009

Taklimat Laporan Tahunan UBK




Satu taklimat e-laporan tahunan UBK bagi semua guru bimbingan dan kaunseling daerah Klang telah diadakan di HICT, Klang Parade pada 22 Okt. 2009 yang lalu. Taklimat ini adalah anjuran Unit Latihan PPD Klang.
Penceramah jemputan iaitu En. Ali Imran ( JU Kebangsaan ) telah memberi taklimat tersebut. Menurut beliau, guru boleh download borang L4 dari web www.l4kpm.net. Setelah diisi, borang tersebut hendaklah dihantar melalui online ke e-laporan ( terdapat dlm web tersebut ) Laporan ini akan terus di terima oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Laporan mesti dihantar secara online sebelum 28 Oktober 2009.
Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah boleh hubungi En. Mohd Nizam B. Ikhsan ( Unit Latihan, PPD Klang ) atau Pn. Yusnita ( SMK (P) Bukit Kuda ) dan En.Azmirudin ( SK Bukit Kemuning 2 ).

Tuesday, July 28, 2009

Taklimat Perkhidmatan & Pengurusan UBK

Taklimat Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling bil.1/2009 telah diadakan pada 28 Julai 2009 di Bilik Mesyuarat Utama Pejabat Pelajaran Daerah Klang (PPD). Objektif taklimat ini adalah untuk memberi input-input terkini berkenaan memantapkan lagi perkhidmatan UBK di sekolah.
Taklimat disampaikan oleh En. Adnan B. Mansor, Pegawai Unit Latihan dan Kaunseling PPD Klang.
Beliau menyentuh tentang kepentingan menyiapkan rekod kaunseling dan juga dokumen-dokumen yang perlu ada untuk perkhidmatan UBK. Sesi luahan hati guru-guru UBK diadakan di akhir sesi taklimat ini. Seramai 100 orang guru telah hadir ke taklimat ini.

Tuesday, July 21, 2009

Mesyuarat J/K MGKKlang & PGB Daerah Klang kali ke 4

Mesyuarat AJK Majlis Guru kaunseling kali ke 4 diadakan pada 21 Julai 2009 (Selasa) di SK Johan Setia. Mesyuarat kali ini membincangkan aktiviti yang akan diadakan sekitar bulan ogos dan selepas hari raya nanti.

Thursday, July 9, 2009

Pegawai PPD yang baru.

PPD Daerah Klang menerima Pegawai PPD yang baru iaitu Hajjah Noraini Bt. Mad Tahir. Beliau baru sahaja dilantik memegang jawatan tersebut. Setakat ini, masih belum ada foto Pegawai PPD kita yang baru tu.

Kursus kepimpinan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Sekolah Rendah





Kursus Kepimpinan Rakan Sebaya (PRS) telah diadakan pada 7 hingga 9 Julai 2009 di Kompleks Rakan Muda, Derah Klang. Seramai 123 orang peserta Tahap 2 dari sekolah rendah daerah Klang.
Beberapa aktiviti yang berkaitan Kepimpinan PRS telah diadakan. Pihak penganjur juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang menjayakan program ini. Perasmian Penutup disempurnakan oleh En. Mohd Nizam B. Ikhsan, Unit LatihanPejabat Pelajaran Daerah Klang.

Thursday, July 2, 2009

Kursus kepimpinan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Sekolah Rendah

Kursus Kepimpinan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Sekolah Rendah Daerah Klang 2009 akan diadakan pada 7 hingga 9 Julai 2009 bertempat di Kompleks Rakan Muda, Sementa,Kapar.
Setiap sekolah digalakkan menghantar 2 orang wakil ke Kursus tersebut.
Peserta di kehendaki membawa peralatan seperti :
1. Baju sekolah 1 pasang.
2. Baju T - 4 helai atau lebih.
3. Seluar panjang - 3 helai
4. Seluar track - 1 helai
5. Kasut - 2 pasang
6. alatan kebersihan diri.
7. Lain-lain alatan yang difikirkan sesuai.

* Makanan, alat-alat permainan dan alatan kemas atau berharga, tidak dibenarkan bawa.

Wednesday, June 17, 2009

Seminar Majlis Guru Kaunseling Peringkat Kebangsaan





Seminar Guru Bimbingan dan Kaunseling Kebangsaan 2009 telah diadakan pada 15 Jun hingga 18 Jun 2009 di Hotel Goldcourse, Klang. Program ini dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kelolaan Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.
Seminar ini bermatlamat untuk menjadikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah sentiasa mantap bagi mendepani cabaran globalisasi masa kini dan akan datang. Hampir 200 orang peserta dari seluruh negara telah menghadiri seminar ini.
Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Tn. Hj. Zulkifly B. Mohd Wazir, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Antara pengisian program ialah :
1. Disiplin tanpa dendaan
2. Pemadanan Penggunaan Teori Kaunseling dalam pelbagai kes.
3. Masalah sosial seks bebas di kalangan remaja.
4. Emotional Spiritual Quotion management
5. Isu kaunseling.

"SELAMAT BERSEMINAR"