I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, January 15, 2010

Taklimat Guru Bimbingan Sekolah Rendah 2010




Taklimat khas untuk semua guru bimbingan sekolah rendah Daerah Klang bagi Tahun 2010 telah diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 18 Januari 2010 ( ISNIN )
Masa : 2.00 petang - 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama PPD Klang.

Wednesday, January 6, 2010

SElamat Kembali Ke Sekolah 2010

Salam buat semua Guru Bimbingan & Kaunseling Daerah Klang. Pihak Majlis Guru Kaunseling Daerah Klang ( MGKK ) mengucapkan selamat kembali bertugas. Semoga Tahun 2010 ini akan menjadikan kita lebih pro-aktif dan lebih mantap di dalam menyediakan perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling untuk sekolah masing-masing.
Hampir semua sekolah sekarang ini sibuk dengan Program Maju Diri ( PMD ). Diharap PMD berjalan dengan lancar dan memberi impak yang positif untuk murid-murid kita.
Guru-guru boleh menghantar berita atau aktiviti bimbingan & kaunseling sekolah cikgu kepada saya untuk saya muatkanke dalam blog ini. Guru-guru boleh hantar ke email : mgkklang@gmailcom.
Segala kerjasama dan bantuan guru-guru semua amat dihargai.

Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Majlis Guru Kaunseling Daerah Klang mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua guru kaunseling dan guru bimbingan seluruh daerah klang. Semoga segala aktiviti yang dirancang sepanjang tahun 2010 ini akan dapat berjalan dengan lancar.
" Goodbye 2009 & Welcome 2010 "

Thursday, November 19, 2009

Sembang Petang Bersama MGK Klang.

Pada 17 November 2009 ( Selasa ), Majlis Guru Kaunseling Daerah Klang telah menganjurkan aktiviti Sembang Petang bersama MGK Klang.
Aktiviti ini diadakan di Aroma Ikan Bakar, Jeram bermula jam 3.30 petang hingga jam 6.00 petang. Wakil PPD yang hadir pada aktiviti ini ialah En. Badrul, En. Adnan dan En. Mohd Nizam. Seramai 30 orang guru kaunseling dan bimbingan Daerah Klang telah hadir dalam aktiviti ini.

Friday, October 23, 2009

Taklimat Laporan Tahunan UBK




Satu taklimat e-laporan tahunan UBK bagi semua guru bimbingan dan kaunseling daerah Klang telah diadakan di HICT, Klang Parade pada 22 Okt. 2009 yang lalu. Taklimat ini adalah anjuran Unit Latihan PPD Klang.
Penceramah jemputan iaitu En. Ali Imran ( JU Kebangsaan ) telah memberi taklimat tersebut. Menurut beliau, guru boleh download borang L4 dari web www.l4kpm.net. Setelah diisi, borang tersebut hendaklah dihantar melalui online ke e-laporan ( terdapat dlm web tersebut ) Laporan ini akan terus di terima oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Laporan mesti dihantar secara online sebelum 28 Oktober 2009.
Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah boleh hubungi En. Mohd Nizam B. Ikhsan ( Unit Latihan, PPD Klang ) atau Pn. Yusnita ( SMK (P) Bukit Kuda ) dan En.Azmirudin ( SK Bukit Kemuning 2 ).

Tuesday, July 28, 2009

Taklimat Perkhidmatan & Pengurusan UBK

Taklimat Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling bil.1/2009 telah diadakan pada 28 Julai 2009 di Bilik Mesyuarat Utama Pejabat Pelajaran Daerah Klang (PPD). Objektif taklimat ini adalah untuk memberi input-input terkini berkenaan memantapkan lagi perkhidmatan UBK di sekolah.
Taklimat disampaikan oleh En. Adnan B. Mansor, Pegawai Unit Latihan dan Kaunseling PPD Klang.
Beliau menyentuh tentang kepentingan menyiapkan rekod kaunseling dan juga dokumen-dokumen yang perlu ada untuk perkhidmatan UBK. Sesi luahan hati guru-guru UBK diadakan di akhir sesi taklimat ini. Seramai 100 orang guru telah hadir ke taklimat ini.

Tuesday, July 21, 2009

Mesyuarat J/K MGKKlang & PGB Daerah Klang kali ke 4

Mesyuarat AJK Majlis Guru kaunseling kali ke 4 diadakan pada 21 Julai 2009 (Selasa) di SK Johan Setia. Mesyuarat kali ini membincangkan aktiviti yang akan diadakan sekitar bulan ogos dan selepas hari raya nanti.