I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, July 28, 2009

Taklimat Perkhidmatan & Pengurusan UBK

Taklimat Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling bil.1/2009 telah diadakan pada 28 Julai 2009 di Bilik Mesyuarat Utama Pejabat Pelajaran Daerah Klang (PPD). Objektif taklimat ini adalah untuk memberi input-input terkini berkenaan memantapkan lagi perkhidmatan UBK di sekolah.
Taklimat disampaikan oleh En. Adnan B. Mansor, Pegawai Unit Latihan dan Kaunseling PPD Klang.
Beliau menyentuh tentang kepentingan menyiapkan rekod kaunseling dan juga dokumen-dokumen yang perlu ada untuk perkhidmatan UBK. Sesi luahan hati guru-guru UBK diadakan di akhir sesi taklimat ini. Seramai 100 orang guru telah hadir ke taklimat ini.

No comments:

Post a Comment