I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, June 17, 2009

Seminar Majlis Guru Kaunseling Peringkat Kebangsaan





Seminar Guru Bimbingan dan Kaunseling Kebangsaan 2009 telah diadakan pada 15 Jun hingga 18 Jun 2009 di Hotel Goldcourse, Klang. Program ini dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kelolaan Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.
Seminar ini bermatlamat untuk menjadikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah sentiasa mantap bagi mendepani cabaran globalisasi masa kini dan akan datang. Hampir 200 orang peserta dari seluruh negara telah menghadiri seminar ini.
Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Tn. Hj. Zulkifly B. Mohd Wazir, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Antara pengisian program ialah :
1. Disiplin tanpa dendaan
2. Pemadanan Penggunaan Teori Kaunseling dalam pelbagai kes.
3. Masalah sosial seks bebas di kalangan remaja.
4. Emotional Spiritual Quotion management
5. Isu kaunseling.

"SELAMAT BERSEMINAR"

Monday, June 15, 2009

Pegawai Baru.


Encik Mohd Nizam B. Ikhsan ( Pengerusi Persatuan Guru Bimbingan Sekolah Rendah Daerah Klang ) dan juga guru bimbingan SK Sungai Binjai telah dilantik mengisi kekosongan jawatan di Pejabat Pelajaran Daerah Klang (Bahagian latihan dan kaunseling) semasa cuti baru-baru ini.
Majlis Guru Kaunseling Daerah Klang mengucapkan TAHNIAH dan "SELAMAT BERTUGAS" di PPD Klang.

Wednesday, June 10, 2009

Seminar Majlis Guru Kaunseling Peringkat Kebangsaan

Seminar Majlis Guru Kaunseling peringkat Kebangsaan akan akan diadakan pada 15 Jun 2009 hingga 18 Jun 2009 bertempat di Hotel Gold Course, Klang. Seminar ini dijangka dihadiri lebih 200 orang guru kaunseling seluruh negara.
Satu pameran kerjaya dan IPTS akan diadakan di ruang legar dewan seminar pada 17 Jun 2009. Semua guru dan pelajar digalakkan hadir ke pameran tersebut.
Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, Pejabat Pelajaran Daerah Klang bersama Majlis Guru Kaunseling Daerah Klang mengucapkan "SELAMAT DATANG KE KLANG DAN SELAMAT BERSEMINAR"

Wednesday, May 27, 2009

Mesyuarat J/K MGKKlang & PGB Daerah Klang kali ke 3




Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Guru Kaunseling Daerah Klang dan Persatuan Guru Bimbingan Daerah Klang telah diadakan di SK Abdul Samad, Kapar pada 27 Mei 2009. Beberapa aktiviti untuk guru kaunseling dan guru bimbingan serta pelajar telah dibincangan untuk dilaksanakan sepanjang bulan jun dan julai nanti. Diharap semua sekolah memberi sokongan dan kerjasama untuk menjayakan aktiviti-aktiviti ini.

Monday, May 11, 2009

SELAMAT HARI GURU 2009

Majlis Guru Kaunseling Daerah Klang mengucapkan "SELAMAT HARI GURU" buat semua pendidik Daerah Klang. Jika cikgu2 ingin memaparkan sambutan hari guru sekolah cikgu2 di ruangan blog MGK Klang ini, maklumat dan foto sambutan tersebut boleh dihantar kepada saya di email ( mgkklang@gmail.com ).
"SELAMAT HARI GURU"

Wednesday, May 6, 2009

Kursus Kepimpinan Daerah Klang 2009



Kursus Kepimpinan Sekolah Rendah Daerah Klang bagi tahun 2009 telah diadakan pada 6 Mei 2009 (Rabu) di SJK (C) Pandamaran "A. Objektif kursus ini adalah untuk melahirkan bakal pemimpin-pemimpin sekolah yang cemerlang. Kumpulan sasaran adalah pengawas sekolah tahun 5. Oleh itu setiap sekolah menghantar 2 orang pengawas menyertai kursus ini. Seramai 104 orang peserta menyertai kursus ini.
Kursus ini dianjurkan oleh PPD Klang bersama AJK Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Klang. Terdapat 4 slot sepanjang kursus ini iaitu Pengurusan organisasi ( Pn. Yusnita Bt. Yunus ), Kemahiran Komunikasi ( En. Ahmad Fuad B. Abu ), Mengenal ciri kepimpinan melalui inventori personaliti warna ( Pn. Zubaidah bt. Ahmad ) dan kemahiran membuat keputusan ( En. Yunus bt. Zakaria ). Kursus ini tamat pada jam 5.30 petang.

Thursday, April 23, 2009

Kursus Profesionalisme Guru Kaunseling Dan Guru Bimbingan Daerah Klang 2009




Pejabat Pelajaran Daerah Klang dengan kerjasama Majlis Guru Kaunseling Daerah Klang telah menganjurkan Kursus Profesionalisme Guru Kaunseling Dan Guru Bimbingan Daerah Klang pada 24 April 2009 di HICT, Klang Parade. Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan mutu kerja Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Daerah Klang.
Kursus dirasmikan oleh En. Badrul Hisham B. Mokhtar, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Pengurusan Pembangunan Kemanusian. Seramai 230 orang guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Daerah Klang telah hadir. Pengisian kursus ini ialah taklimat berkaitan kajian tindakan dan juga e-kaunseling.