I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, May 27, 2009

Mesyuarat J/K MGKKlang & PGB Daerah Klang kali ke 3




Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Guru Kaunseling Daerah Klang dan Persatuan Guru Bimbingan Daerah Klang telah diadakan di SK Abdul Samad, Kapar pada 27 Mei 2009. Beberapa aktiviti untuk guru kaunseling dan guru bimbingan serta pelajar telah dibincangan untuk dilaksanakan sepanjang bulan jun dan julai nanti. Diharap semua sekolah memberi sokongan dan kerjasama untuk menjayakan aktiviti-aktiviti ini.

Monday, May 11, 2009

SELAMAT HARI GURU 2009

Majlis Guru Kaunseling Daerah Klang mengucapkan "SELAMAT HARI GURU" buat semua pendidik Daerah Klang. Jika cikgu2 ingin memaparkan sambutan hari guru sekolah cikgu2 di ruangan blog MGK Klang ini, maklumat dan foto sambutan tersebut boleh dihantar kepada saya di email ( mgkklang@gmail.com ).
"SELAMAT HARI GURU"

Wednesday, May 6, 2009

Kursus Kepimpinan Daerah Klang 2009



Kursus Kepimpinan Sekolah Rendah Daerah Klang bagi tahun 2009 telah diadakan pada 6 Mei 2009 (Rabu) di SJK (C) Pandamaran "A. Objektif kursus ini adalah untuk melahirkan bakal pemimpin-pemimpin sekolah yang cemerlang. Kumpulan sasaran adalah pengawas sekolah tahun 5. Oleh itu setiap sekolah menghantar 2 orang pengawas menyertai kursus ini. Seramai 104 orang peserta menyertai kursus ini.
Kursus ini dianjurkan oleh PPD Klang bersama AJK Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Klang. Terdapat 4 slot sepanjang kursus ini iaitu Pengurusan organisasi ( Pn. Yusnita Bt. Yunus ), Kemahiran Komunikasi ( En. Ahmad Fuad B. Abu ), Mengenal ciri kepimpinan melalui inventori personaliti warna ( Pn. Zubaidah bt. Ahmad ) dan kemahiran membuat keputusan ( En. Yunus bt. Zakaria ). Kursus ini tamat pada jam 5.30 petang.

Thursday, April 23, 2009

Kursus Profesionalisme Guru Kaunseling Dan Guru Bimbingan Daerah Klang 2009




Pejabat Pelajaran Daerah Klang dengan kerjasama Majlis Guru Kaunseling Daerah Klang telah menganjurkan Kursus Profesionalisme Guru Kaunseling Dan Guru Bimbingan Daerah Klang pada 24 April 2009 di HICT, Klang Parade. Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan mutu kerja Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Daerah Klang.
Kursus dirasmikan oleh En. Badrul Hisham B. Mokhtar, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Pengurusan Pembangunan Kemanusian. Seramai 230 orang guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Daerah Klang telah hadir. Pengisian kursus ini ialah taklimat berkaitan kajian tindakan dan juga e-kaunseling.

Wednesday, April 22, 2009

Pertandingan Poster Kerjaya (Rendah)



Pertandingan Poster Kerjaya Sekolah Rendah telah diadakan pada 1 April 2009 bertempat di Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau. Seramai hampir 50 orang peserta telah menyertai pertandingan ini. Majlis Penutup dan penyampaian hadiah disampaikan oleh En. Adnan B. Mansor, wakil PPD klang.

Mesyuarat AJK MGK Daerah Klang.


Mesyuarat AJK Majlis Guru Kaunseling Daerah Klang telah diadakan pada 8 April 2009 bertempat di SMK (P) Bukit Kuda, Klang. Mesyuarat ini juga dihadiri oleh En. Adnan B. Mansor selaku wakil PPD Klang. Mesyuarat bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 1.30 petang.

Salam Pengenalan

Salam buat semua.
Bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Esa dengan izinNya, dapat juga Majlis Guru Kaunseling Daerah Klang mempunyai blog sendiri. Tujuan blog ini adalah khas untuk guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Daerah Klang mendapat info terkini dan juga berkongsi idea serta memaklumkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah cikgu.
Oleh itu, saya memohon kerjasama semua guru agar memaklumkan aktiviti sekolah cikgu agar dipaprkan di blog ini. Cikgu-cikgu boleh email ke mgkklang@gmail.com.
"Bersama Kita Memperkasakan Majlis Guru Kaunseling Daerah Klang"